Untuk memastikan keselamatan
TERKAWAL & TERJAMIN (Insyaallah), Program KASIH 2 telah bekerjasama dengan
beberapa pihak yang sememangnya bertauliah & mantap untuk memastikan
keselamatan peserta...So, kepada rider di luar sana, lepas ni tidak perlu gusar
& rasa was-was ok....
PERKHIDMATAN POLIS PENGIRING DARI BALAI POLIS KAJANG
KASIH 2 sekali lagi meneruskan
kerjasama dengan pihak PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membantu
Polis Pengiring mengiringi para peserta berkayuh bermula di Dectar UKM - Putrajaya
- Dectar UKM. Tujuannya adalah untuk mengawal lalulintas di sepanjang laluan
peserta berbasikal.
MARSHAL COMUNITY CLUB "KELAB PEMILIK NISSAN GRAND
LIVINA (PNGL)
Selain Polis Pengiring PDRM, Marshall
Comunity Club daripada Kelab Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) yang BERTAULIAH
& BERPENGALAMAN turut menjayakan program KASIH 2 untuk mengiringi peserta. Marshall
ni penting untuk membawa peserta yang keletihan
& tidak mampu untuk sampai ke destinasi terakhir. 3 marshall akan
ditugaskan untuk follow peserta di sepanjang laluan berkayuh.
PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN & UNIT KESELAMATAN UKM
Pusat Kesihatan UKM bersama-sama membantu menyediakan ambulan dan
petugas pada masa kejadian. Manalah tahu rider mengalami kecederaan &
memerlukan perkhidmatan mereka semasa program berjalan.
Selain itu, Unit Keselamatan UKM juga
membantu kami menguruskan keselamatan rider dan urus setia di sepanjang hari
program KASIH 2.
Berjalan-jalan bersama Akma
Tangan mencapai memetik daun
Bantuan tuan kami terima
Buat kenangan bertahun-tahun