Friday, 30 November 2012

LANGKAH KESELAMATAN PROGRAM KASIH 2


Untuk memastikan keselamatan TERKAWAL & TERJAMIN (Insyaallah), Program KASIH 2 telah bekerjasama dengan beberapa pihak yang sememangnya bertauliah & mantap untuk memastikan keselamatan peserta...So, kepada rider di luar sana, lepas ni tidak perlu gusar & rasa was-was ok....

PERKHIDMATAN POLIS PENGIRING DARI BALAI POLIS KAJANG
KASIH 2 sekali lagi meneruskan kerjasama dengan pihak PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membantu Polis Pengiring mengiringi para peserta berkayuh bermula di Dectar UKM - Putrajaya - Dectar UKM. Tujuannya adalah untuk mengawal lalulintas di sepanjang laluan peserta berbasikal.

MARSHAL COMUNITY CLUB "KELAB PEMILIK NISSAN GRAND LIVINA (PNGL)
Selain Polis Pengiring PDRM, Marshall Comunity Club daripada Kelab Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) yang BERTAULIAH & BERPENGALAMAN turut menjayakan program KASIH 2 untuk mengiringi peserta. Marshall ni penting  untuk membawa peserta yang keletihan & tidak mampu untuk sampai ke destinasi terakhir. 3 marshall akan ditugaskan untuk follow peserta di sepanjang laluan berkayuh.

PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN & UNIT KESELAMATAN UKM
Pusat Kesihatan UKM  bersama-sama membantu menyediakan ambulan dan petugas pada masa kejadian. Manalah tahu rider mengalami kecederaan & memerlukan perkhidmatan mereka semasa program berjalan.  

Selain itu, Unit Keselamatan UKM juga membantu kami menguruskan keselamatan rider dan urus setia di sepanjang hari program KASIH 2.

Berjalan-jalan bersama Akma
Tangan mencapai memetik daun
Bantuan tuan kami terima
Buat kenangan bertahun-tahun

BORANG PENYERTAAN

Disebabkan ramai yang bertanya kat mana nak download borang untuk menyertai???

Sebenarnya borang untuk menyertai telah di download di  ruangan Kayuhan Amal Sihat & (KASIH 2) di "CARA MENYERTAI DI SINI." So  click je perkataan SINI...tadaaaaa borang akan keluar..huhuhu...Tapi untuk memenuhi permintaan boleh lah click 

VERSI BI

VERSI BM

Thursday, 29 November 2012

PAPER KASIH 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....


Firstly, Kami ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua kerana sudi singgah & baca blog kami...Kepada semua followers blog ni terutama rider yang ingin join program KASIH 2...Mesti semua tertanya-tanya & nak tahu sangat apa tujuan, macam mana boleh wujud program ni, motif program KASIH 2 diadakan. Kalau nak tahu dengan lebih detail apa kate click SINI




Wednesday, 28 November 2012

LIPUTAN MEDIA PROGRAM KASIH 1

SENYUMAN & KEPUASAN JELAS TERPANCAR DI MUKA PESERTA PROGRAM KASIH 1...TAHNIAH
RODA PANTAS
VARSITI SISIPAN BERITA HARIAN
HARIAN METRO
KOSMO

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM


Untuk makluman awal, Program KASIH 2 ini dicadangkan untuk 
diadakan pada ketetapan seperti  berikut:


TARIKH     :     05 JANUARI 2013
HARI          :     SABTU
MASA         :     8.00 MALAM


         Tempat Program
      Kayuhan akan bermula dari pintu utama UKM dan akan   berhenti rehat seperti di jadual ;


Pusat Pemeriksaaan
Lokasi
Koordinat GPS
1
Perantau Hill, Jalan Sungai Merab, Bangi
2°56'53"N 101°44'5"E
2
Masjid Putra, Putrajaya
2°56'9"N 101°41'21"E

Tuesday, 27 November 2012

SENARAI PENGINAPAN

          BANGI GUEST HOUSE
              
           SMART HOTEL
                  Web: http://www.smarthotel.com.my/bangi-seksyen-9.html
                   
                  BANGI LANAI HOTEL  
                                   Web: http://www.hotelbangi.com                
                               
                   RUMAH TETAMU UKM
                                  Web: http://www.ftsm.ukm.my
                            
                            PURI PUJANGGA UKM
                            Web: http://www.puripujangga.com.my/
                           
               HOTEL AMANI
                      Web :http://www.hotelamani.com.my/
                                            
               CAHAYA HOMESTAY BANDAR BARU BANGI
            Web :http://cahayahomestay.blogspot.com
                 
       FUNDUQ UMMU HANNAN (FUH)
Web: http://www.facebook.com/pages/Funduq-Ummu-Hannan-FUH/181955491887997?sk=photos_stream

             
         HAJI SOBRI GUEST HOUSE
        Web :http://hajisobriguesthouse.com
         
CEMPAKA INN HOMESTAY
JAFIZA BANGI HOMESTAY
REKO HOTEL INN
Web :http://www.rekoinn.com/




TIPS KAYUHAN: HAPPY & ENJOY

  • Pastikan Anda Mengambil Makanan Yang Secukupnya
  • Pengambilan Makanan Berat (2-3 Jam) Sebelum Kayuhan
  • Air Sangat Perlu & Penting Untuk Mengelakkan Dari Dehidrasi Yang Melampau
  • Menikmati Alam Sekitar Yang Cantik & Mendamaikan Sepanjang Kayuhan
  • Sentiasa Mengamalkan Semangat Kesukanan Yang Tinggi & Saling Bantu Membantu













SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


  • Penyertaan Terbuka Kepada Semua
  • Mempunyai Basikal Yang Lengkap (Mempunya Ciri-Ciri Keselamatan)
       * Pihak Pengajur Menyediakan Basikal (TERHAD)
  • Semua Jenis Basikal Dibenarkan Untuk Menyertai Kecuali Skuter/Basikal Yang Berenjin
  • Tiada Aerobars
  • Tiada Unicycle & Tendem 
  • Mempunyai Topi Keselamatan (Berkayuh tanpa Topi Keselamatan Tidak Dibenarkan)
  • Keselamatan Atas Risiko Sendiri, Walau Bagaimanapun Pihak Penganjur TETAP Akan Mengambil Langkah-Langkah Keselamatan 
  • Program Ini Bukan Satu Perlumbaan
  • Sentiasa Mengikut Arahan MARSHALL & Peka Setiap Arahan Sepanjang Kayuhan
  • Tidak Mendengar "Protabel MP3@Apa Saja Alat Yang Menghilangkan Fokus
  • Peserta Dibawah Umur 18 Tahun Perlu Mendapat Kebenaran IbuBapa/Penjaga
  • Peserta Yang Melanggar Peraturan Atau Tidak Mengikut Arahan Keselamatan Akan Dikeluarkan secara Serta Merta Dari Program 


KASIH 2 & CARA MENYERTAI


               

PENGENALAN PROGRAM

"KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)" merupakan satu program kayuhan berkonsepkan amal dan sihat. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana secara sukarela dan disumbangkan kepada Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi. CLICK

MENGENAI TREK

Jarak kayuhan "KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)"  ni adalah sekitar 30km sahaja yang mana amat sesuai untuk ‘rider’ junior mahupun yang senior.Trek kayuhan bermula di Dectar,UKM - Perantau Hill - Masjid Putra, Putrajaya dan berakhir  di Dectar,UKM. 

CARA MENYERTAI

Rider yang berminat untuk menyertai kayuhan ini boleh ‘mendownload borang di SINI. (Sebarang pindaan akan dimaklumkan)

Bayaran pendaftaran dikenakan :Rm 35.00 ( t-shirt,goodies,makan,derma amal & lucky draw ).Peserta yang lewat mendaftar selepas 25/12/2012, tidak akan menerima t-shirt & goodies. Bagi 'rider' yang ingin memiliki t-shirt *Limited Edition* ini bolehlah menyertai program "KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)".

Tarikh tutup penyertaan adalah pada:25 /12/2012 

Untuk makluman, wang tidak akan dikembalikan kepada peserta yang membatalkan penyertaan.

Bayaran anda boleh dibuat di:

MAYBANK: a/c no:116015074436  (SITI NURAMIRAH BT ROSLAN )

CIMB: a/c no:05012020349874  (SITI NURFARIEZA BT MUHAMAD)

Sila Emailkan bukti pembayaran beserta  Nama/ IC / dan no. Tel anda setelah bayaran di buat di kasihukm2.0@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

017-2216902 (Kamarunnizam) - Ketua Program/Projek

019-3718243 (Juhaida) - Setiausaha