Friday 30 November 2012

LANGKAH KESELAMATAN PROGRAM KASIH 2


Untuk memastikan keselamatan TERKAWAL & TERJAMIN (Insyaallah), Program KASIH 2 telah bekerjasama dengan beberapa pihak yang sememangnya bertauliah & mantap untuk memastikan keselamatan peserta...So, kepada rider di luar sana, lepas ni tidak perlu gusar & rasa was-was ok....

PERKHIDMATAN POLIS PENGIRING DARI BALAI POLIS KAJANG
KASIH 2 sekali lagi meneruskan kerjasama dengan pihak PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membantu Polis Pengiring mengiringi para peserta berkayuh bermula di Dectar UKM - Putrajaya - Dectar UKM. Tujuannya adalah untuk mengawal lalulintas di sepanjang laluan peserta berbasikal.

MARSHAL COMUNITY CLUB "KELAB PEMILIK NISSAN GRAND LIVINA (PNGL)
Selain Polis Pengiring PDRM, Marshall Comunity Club daripada Kelab Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) yang BERTAULIAH & BERPENGALAMAN turut menjayakan program KASIH 2 untuk mengiringi peserta. Marshall ni penting  untuk membawa peserta yang keletihan & tidak mampu untuk sampai ke destinasi terakhir. 3 marshall akan ditugaskan untuk follow peserta di sepanjang laluan berkayuh.

PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN & UNIT KESELAMATAN UKM
Pusat Kesihatan UKM  bersama-sama membantu menyediakan ambulan dan petugas pada masa kejadian. Manalah tahu rider mengalami kecederaan & memerlukan perkhidmatan mereka semasa program berjalan.  

Selain itu, Unit Keselamatan UKM juga membantu kami menguruskan keselamatan rider dan urus setia di sepanjang hari program KASIH 2.

Berjalan-jalan bersama Akma
Tangan mencapai memetik daun
Bantuan tuan kami terima
Buat kenangan bertahun-tahun

No comments:

Post a Comment